Selasa, 28 November 2017

Anak ku...........................


Dulu engkau bukan apa-apa
lalu Dia beri engkau telinga dan mata
Lengkap dengan akal sempurna
supaya engkau menjadi hamba
Bila engkau lahir ke dunia
Engkau hanya membawa suara
Engkau dibesarkan ibu dan bapa
Kanak-kanak menginjak remaja
Duduk mengaji tegak bersahaja
Hormatkan guru sayangkan orang tua
Sunnah nabi jangan engkau lupa
Adat melayu dibawa serta
Bila berada jangan engkau bangga
Bila tiada jangan rasa hampa
Ujian iman pada semua
Sabar juga penawar duka
Bila sampai umur berumah tangga
Jangan engkau cari kerana kaya
Jangan pula susah merana
Jangan melampau di elok rupa
Jangan nan buruk bermuram durja
Cukup sekadar pelapang dada
Pandang senyumnya hilang dahaga
Bila Allah titipkan harta
Fakir dan miskin jangan lah lupa
Kerana semua akan binasa
Sedekah jua kekal selamanya
Bila hati sakit terasa
Jangan engkau balas dengan yang sama
Mengadulah hanya pada-Nya
Dalam munajat sholat dan untaian doa
Dia tak kan buat engkau sia-sia
Bila Allah titipkan anak lelaki dan wanita
Ajarlah berbudi bahasa
Tanamkan syari'at agama
Agar bersama aku dengan mereka
Di masa harta tak kan berguna
Anak menantu tiada berjasa
Amal shalih jua kan dibawa serta
Bila masa ku tiba
Engkau pandang aku melepas nyawa
Jangan engkau teteskan air mata
Bisikkan lah kalimat tauhid 'azza wa jalla

Tidak ada komentar:

Posting Komentar